Details

Matriks ialah nombor-nombor yang disusun dalam baris dan lajur untuk membentuk satu tatasusunan segi empat tepat. Setiap nombor dalam matriks disebut unsur matriks dan lazimnya ditulis dalam tanda kurung “( )”. Dalam tajuk ini, murid akan didedahkan dengan bentuk matriks sama, matriks identiti dan matriks songsang seterusnya melakukan operasi ke atas matriks, di asmping mempelajari kaedah menyelesaikan persamaan linear serentak dengan menggunakan kaedah matriks.