Details

Video yang menjelaskan konsep dan sistem politik yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Rancangan ini juga menghuraikan konsep dan cara pembentukan bangsa Malaysia. Perbincangan meliputi peristiwa yang membawa kepada kelahiran konsep negara bangsa moden di Eropah iaitu pembentukan negara bangsa Jerman oleh Bismarck dan Itali oleh De Cavour turut diberi penekanan. Penerangan diakhiri dengan pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad untuk mengasaskan kerajaan Islam Madinah. 3 soalan KBAT dikemukakan sebagai aktiviti pengukuhan.