* * * * * * * * * * * * * * *
1 SEPTEMBER
494,493 PELAJAR DUDUKI UPSR DARI 21 HINGGA 23 SEPTEMBER INI
Seramai 494,493 murid akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 21 hingga 23 September ini di
seluruh negara.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata daripada jumlah itu, 373,190 murid adalah dari Sekolah Kebangsaan,
96,166 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 16,965 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Selebihnya adalah calon dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu seramai 8,163 dan 9 orang dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina.
Peperiksaan akan diadakan di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara yang melibatkan 47,768 petugas peperiksaan.
Semua calon diingatkan supaya merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran semasa peperiksaan
berlangsung.
* * * * * * * * * * * * * * *
1 SEPTEMBER
PENDIDIKAN MALAYSIA BERKUALITI
Kedudukan Malaysia yang disenaraikan sebagai lapan terbaik dalam kategori pendidikan di kalangan negara berpendapatan sederhan atas, membuktikan bahawa sistem pendidikan negara adalah berkualiti.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan tersebut yang faktor utamanya ialah berkaitan dasar pelajaran negara yang sentiasa relevan dengan keperluan semasa terutama dalam bidang sains dan matematik.
Selain itu, fokus tinggi kerajaan dalam bidang pendidikan dengan memperuntukan jumlah yang besar dalam bidang pendidikan turut meyumbang kepada kejayaan ini.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan survei Newsweek mengenai "Negara-negara Terbaik", yang turut meletakkan Malaysia di ranking ke-37 dalam senarai dari penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan.
* * * * * * * * * * * * * * *