PUSAT SERANTAU PENDIDIKAN KHAS SEAMEO DIJANGKA BERMULA 2013
Kementerian Pelajaran telah diberi pengiktirafan untuk mewujudkan pusat pendidikan khas untuk rantau ini di bawah Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO). Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Bong Muk Shin berkata pusat di Nilai, Negeri Sembilan itu akan beroperasi pada 2013 dan berperanan sebagai pusat serantau kepada semua 13 negara anggota majlis itu untuk membuat penyelidikan dan latihan pendidikan untuk pelajar istimewa. Persetujuan mengenai penubuhan pusat itu dicapai pada persidangan SEAMEO ke-45 di Cebu, Filipina, awal tahun ini yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran. Bong berkata setakat ini terdapat 1,630 sekolah rendah dan menengah biasa di seluruh negara yang terbabit dalam program pendidikan khas untuk 43,161 pelajar istimewa.
* * * * * * * * * * * * * * *
28 JULAI

SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN DITERUSKAN SELAGI TIADA CADANGAN SEPAKAT SEMUA KAUM
Kerajaan akan terus berpegang kepada sistem persekolahan pelbagai aliran selagi tiada sebarang cadangan baru yang disepakati oleh semua kaum. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Kementerian Pelajaran tidak bercadang untuk mengadakan persidangan meja bulat bagi mendapatkan pandangan berhubung cadangan mewujudkan sekolah satu aliran di negara ini. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Negara. Dr Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk menambahbaik kurikulum di sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan selaras dengan matlamat meningkatkan perpaduan kaum. Beliau turut menegaskan bahawa isu polarisasi kaum yang berlaku di negara ini bukan disebabkan oleh sistem persekolahan pelbagai aliran.
* * * * * * * * * * * * * * *
28 JULAI
DASAR MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PASTIKAN IA JADI PILIHAN UTAMA
Kementerian Pelajaran memperkenalkan Dasar Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) untuk memastikan sekolah itu kekal sebagai sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelbagai strategi jangka panjang telah dirancang untuk menjadikan SK sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dari semua segi seperti prasarana, disiplin dan keselamatan murid, pencapaian kokurikulum dan sukan, penguasaan ICT, kualiti guru dan kepimpinan sekolah. Antara strategi yang telah diambil bagi memperkasakan SK adalah dengan menambah bilangan kelas prasekolah, memperluas program j-QAF, membudayakan Sukan untuk Semua (SUS) untuk menggalakkan murid bersukan secara aktif, memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil di SK terpilih dan menyediakan infrastruktur serta kemudahan asas mencukupi dan berkualiti.
* * * * * * * * * * * * * * *
PIDATO 2008 Durasi 37:39 (285687 Hits)
FORUM REMAJA BHG Durasi 57:28 (84819 Hits)
PIDATO ANTI RASU Durasi 61:07 (45533 Hits)
MELAWAT ZOO NEGA Durasi 20:42 (43639 Hits)
PENDIDIK EP104 Durasi 30:10 (40175 Hits)
FORUM PENDIDIKAN Durasi 62:37 (38562 Hits)
THE SECOND THAIL Durasi 13:41 (33307 Hits)
ANIMALS Durasi 24:14 (31516 Hits)
PENDIDIK EP55 Durasi 30:00 (27012 Hits)
LAMBAIAN PULAU Durasi 38:50 (24967 Hits)
FORUM REMAJA Durasi 51:39 (24378 Hits)
KIA 2M Durasi 16:11 (23530 Hits)
RAKAMAN 2 Durasi 1:19:00 (22850 Hits)
RAKAMAN SEAMEO Durasi 1:59:46 (22315 Hits)
PHYSICS Durasi 36:21 (19895 Hits)
NEWS 29 JUL Durasi 3:40
BERITA 29 JUL Durasi 3:31
Hak Milik Kementerian Pelajaran Malaysia
Paparan terbaik di INTERNET EXPLORER 6.0 dan keatas dengan Windows Media Player 9.0 dan keatas. Resolusi skrin 1024 X 768 pixels
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah melayari laman web kami, sila hubungi Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPKPM) di talian 1 800 88 4774 untuk mendapatkan bantuan teknikal