Soalan Lazim

Mengapakah pemain video tidak kelihatan di eduwebtv ?

Sekiranya anda mengalami masalah ini, ianya adalah disebabkan pemain video 'Windows Media' tidak dipasang pada sistem komputer anda. Anda disarankan untuk menggunakan pelayar 'Internet Explorer' dan memasang ciri tambahan (Plugin) 'windows media player' untuk pelayar anda terlebih dahulu sebelum anda dapat memainkan video yang terdapat di portal eduwebtv.

Sekiranya anda menggunakan pelayar web yang lain, anda perlu memasang ciri tambahan untuk membolehkan pelayar tersebut memainkan video yang terdapat di eduwebtv. Anda boleh mendapatkan ciri tambahan tersebut secara percuma di laman web berikut:

Mengapakah paparan video tidak kelihatan ketika video dimainkan ?

Sekiranya diruangan video yang anda cuba tonton berkualiti rendah atau tidak kelihatan, sila pastikan bahawa sistem komputer anda mempunyai storan kad grafik sekurang-kurangnya 16MB, dan mempunyai perisian kad grafik yang terkini.

Anda juga perlu memastikan yang anda menetapkan paparan skrin anda pada tahap sekurang-kurangnya '32 Bit Color'. Untuk memastikan atau mengubah tetapan ini, sila ikuti langkah berikut:

  • Klik pada 'start menu', kemudian klik pada 'Control Panel'.
  • Akses ikon 'Display'.
  • Klik pada 'Settings'.
  • Di bahagian 'Color Quality', pilih 'Highest (32 Bit)' dari senarai pilihan yang terdapat di menu tersebut.
  • Klik pada butang 'OK'

Bagaimana saya hendak menonton paparan penuh skrin video ?

Untuk memaparkan video paparan penuh, anda hanya perlu menekan butang 'Skrin Penuh', butang ini terletak dibawah video tersebut atau dengan hanya membuat 'double klik' pada tetingkap video tersebut, dan gunakan cara sama untuk mengembalikan tetingkap video ke saiz asal.

Mengapakah saya tidak dapat mendengar sebarang bunyi pada video yang telah saya pilih ?

Sekiranya anda tidak dapat mendengar sebarang bunyi pada video pilihan anda, cuba langkah berikut:

  • Ubahsuai kawalan kekuatan bunyi pada komputer anda.(Komputer anda mungkin mempunyai beberapa kawalan kekuatan bunyi).
  • Tetapan ini boleh di dapati di 'sytem tray' (bersebelahan jam di taskbar' komputer anda, kebiasaannya terletak di penjuru bawah kanan skrin komputer anda).Sekiranya tidak terdapat di 'taskbar' komputer anda, sila periksa di 'control panel' computer anda.
  • Ubahsuai kawalan kekuatan bunyi pada pemain video yang lain seperti 'Real Player', 'Quicktime' atau 'Windows Media' kerana aplikasi ini boleh memberi kesan pada kawalan kekuatan bunyi pada komputer anda.
  • Memastikan bahawa sistem komputer anda mempunyai spesifikasi minima yang diperlukan.
  • Cuba memainkan video yang lain, sekiranya sistem bunyi berfungsi dengan baik, ini bermakna sistem bunyi pada sistem komputer anda tidak bermasalah. Apa yang anda alami mungkin masalah yang disebabkan oleh video tersebut.
  • Sekiranya anda menggunakan komputer jenama Mac keluaran Syarikat Apple, sila ikuti langkah berikut:
  • Di dalam 'System Setting', cari bahagian 'Mac OS X audio MIDI Setup'.
  • Sila pastikan yang anda telah memilih 'Built-In Audio'.
  • Tukarkan 'Audio Output From 96000 Hz'(Konfigurasi awal) kepada 44100 Hz, dan sila pastikan kawalan kekuatan bunyi tidak ditetapkan pada 'mute'.

Mengapakah saya tidak dapat melayari portal eduwebtv ?

Sekiranya Anda menghadapi masalah tiada paparan langsung di portal eduwebtv, atau pelayar Internet hanya memaparkan ralat sahaja, anda diminta untuk memeriksa sambungan Internet anda ke portal eduwebtv dengan cara yang terdapat di muka surat ini:

Memeriksa Sambungan Internet Ke Portal Eduwebtv

Dan anda diminta untuk membekalkan maklumat berdasarkan arahan yang terdapat di muka surat tersebut kepada pihak meja bantuan bagi membolehkan pihak meja bantuan memberikan jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Mengapakah video yang ditonton kerap kali berhenti dan bermula semula ?

Sekiranya video tidak dapat dimainkan secara terus menerus, ianya mungkin disebabkan kelajuan sambungan internet pihak anda yang tidak konsisten atau terlampau perlahan. Anda memerlukan sambungan Internet sekurang-kurangnya 500Kbps untuk menonton kualiti video yang baik.

Kemungkinan lain adalah disebabkan jumlah trafik yang tinggi di pelayan eduwebtv, sekiranya ini adalah penyebab video tidak dapat dimainkan secara terus menerus, tidak banyak perkara yang pihak anda boleh lakukan. Walaubagaimanapun, pihak eduwebtv berusaha menambahkan jumlah pelayan untuk meningkatkan kualiti eduwebtv dan mengurangkan jumlah trafik pada setiap pelayan. Namun keadaan ini amat jarang sekali berlaku kerana portal eduwebtv mampu menampung jumlah pengguna yang ramai di dalam suatu masa.

Mengapakah kadang kala butang kawalan pemain video tidak dapat digunakan ?

Pemain video yang menggunakan kawalan 'Windows Media Player ActiveX' mempunyai beberapa butang fungsi, termasuklah 'fast-foward', 'rewind', 'pause', dan 'skip'. Walaubagaimanapun, kesemua fungsi kawalan ini tidak dapat digunakan dalam kesemua keadaan 'streaming'. Keadaan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor:

  • Versi 'Windows Media Player'. Fungsi kawalan pemain video adalah tidak disokong oleh sesetengah versi pemain video. Fungsi ini hanya disokong oleh versi ke-9 atau yang menggunakan kawalan 'Windows Media Player 9 Series ActiveX' dan veri-versi pemain selepasnya.
  • Sila pastikan anda mempunyai pemain video 'Windows Media Player' yang terkini untuk mengelakkan masalah ini timbul.

Bagaimanakah caranya saya menyimpan video dari eduwebtv ?

Anda boleh menyimpan video dari pelayan eduwebtv dengan hanya memilih video yang anda ingin muat turun, dan klik pada butang 'muat turun video ini', butang ini terletak di sebelah kanan tetingkap video tersebut dan proses muat turun akan mula serta merta.

Mengapakah video dipemain video saya dimainkan secara terbalik ?

Sekiranya imej video terbalik, cuba tambahkan kecepatan pemprosesan perkakasan video anda, terdapat dua bahagian konfigurasi, iaitu di pemain video dan di sistem operasi komputer anda. Anda perlu mengubah konfigurasi kedua-duanya.

Untuk membuat konfigurasi pada pemain video, sila klik menu 'Tools', 'Options' dan klik tab 'Perfomance' pada pemain video anda. Gerakkan 'Video Acceleration Slider to Full'.

Untuk membuat konfigurasi pada sistem operasi, klik pada 'Start Menu', 'Control Panel', akses ikon 'Display', seterusnya klik pada tab 'Settings', 'Advanced', dan klik pada tab 'Troubleshoot'. Gerakkan 'Hardware acceleration slider to Full'.

Sekiranya maklumat tidak tepat, sila laporkan salahguna atau hubungi Meja Bantuan di talian 1-800-88-4774