Setiap guru perlu pandai menyesuaikan diri ketika mengajar. Berkat kesabaran Ustazah Roslina Othman dan ketabahannya prestasi Bahasa Arab yang diajarinya kian meningkat setiap tahun di sekolahnya. Beliau tidak kenal jemu berusaha menanam minat kepada murid-muridnya supaya mampu menguasai Bahasa Arab dengan berkesan. Bukannya mudah untuk mengajar mata pelajaran Pengetahuan Am kerana guru yang mengajarnya perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai isu-isu semasa sama ada isu tempatan mahupun antarabangsa.
Bagi Leela Devi Balakrishnan, teknologi internet amat berguna untuk memperkembangkan minda murid. Justru itu beliau menggalakkan murid-muridnya melayari internet selama dua jam sehari untuk meluaskan pengetahuan am. Beliau juga telah membina satu forum secara on-line yang dikenali sebagai E-Forum untuk murid-murid berdiskusi. Hasil idea ini beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovatif Intel Tech 2009.
Paparan terbaik menggunakan INTERNET EXPLORER 7.0 ke atas. Resolusi skrin 1024 X 768 pixels.
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah melayari laman web ini, sila hubungi meja bantuan EduwebTV di talian 1-800-88-4774 untuk mendapatkan bantuan teknikal.